Saturday, September 17, 2011

Malaysia 80's kits

Kejohanan Piala Presiden 1981 merupakan kejohanan ke 11 dalam sejarah pertandingan tersebut. Kejohanan ini telah berlangsung dari 13 Jun 1981 hingga 26 Jun 1981. Perlawanan di antara Republik Korea dan Racing Cordoba berakhir dengan keputusan seri 2-2 dan akhirnya mereka berkongsi piala kemenangan.

Dalam kejohanan ini, pasukan Malaysia berada di dalam Kumpulan A bersama Racing Córdoba (Argentina), South Korea, FC Saarbrücken (Jerman), Jepun, dan LB Châteauroux (Perancis). Keseluruhannya, Malaysia hanya mampu memenangi satu daripada lima perlawanan iaitu ketika mengalahkan LB Châteauroux.
Manakala dalam Kumpulan B pula disertai oleh Danubio FC (Uruguay), Vitória FC (Brazil), Malta, Thailand, Liechtenstein dan Indonesia.

Pada era 80'an jersi pasukan negara menggunakan tiga label berlainan keluaran Adidas trefoil, iaitu adidas/erima, adidas germany dan adidas gs gill, bergitu juga dengan posisi logo di baju serta seluar. Model adidas trefoil berkolar ini antara jersi popular skuad negara dan dipakai oleh pemain dalam perlawanan sehingga penghujung 80 an.
Terdapat dua kumpulan dalam kejohanan Piala Merdeka 1982 dari 5 Ogos sehingga 22 Ogos 1982, iaitu Kumpulan 1 yang disertai oleh Korea Selatan, Senegal, Malaysia, Indonesia dan Emiriyah Arab Bersatu serta Kumpulan 2 yang disertai oleh Santa Catarina, Ghana, Singapura, India dan Thailand. Dalam aksi final kejohanan tersebut, Santa Cantarina telah menewaskan Ghana 3-0, sekaligus mencatat nama sebagai juara kejohanan. Pada tahun 1982 hingga 1983, skuad negara telah dipimpin oleh M.Chandran.

1 comment:

rajahabeeb said...

Casinos near Casino Yuma - Mapyro
Casino Hotels near Casino Yuma. View 상주 출장마사지 all Casinos and Hotels nearby. Plan your 전라북도 출장샵 visit 밀양 출장샵 today! 삼척 출장안마 Find reviews, photos & directions to Casinos near Casino 순천 출장마사지 Yuma in