Showing posts with label Selangor FA. Show all posts
Showing posts with label Selangor FA. Show all posts

Monday, November 26, 2007

Football vcd Selangor FA and National team matches

Here are the rarest latest and retro final matches vcd from Selangor FA true and die hard fan collection. The football match game vcd you never found in any retail shop. Here are the list :

1) Selangor zaman Allahyarham Mokhtar Dahari!1986 Piala Malaysia! VCD RM10 (3 keping satu set)
Klip2 video MohktarSuku Akhir - Selangor 2-0 KelantanSeparuh Akhir 1 - Selangor 2-0 SingapuraSeparuh Akhir 2 - Singapura 1-5 SelangorAkhir - Selangor 6-1 Johor
2) 1990 Selangor Highlights!(Liga SemiPro Div 1 & Piala Malaysia peringkatkumpulan)- RM4!
3) 1991 - SemiFinale 1st Leg Piala Malaysia 1991(Stadium Merdeka)Selangor 4-0 Pahang - RM5
4) vcd finale Piala Malaysia 1995 - Selangor 1-0Pahang.. RM7
5) vcd final Piala Malaysia 1996 - Selangor 0-0 Sabah(5-4 penaliti) .. RM7
6) vcd final Piala Malaysia 1997 - Selangor 1-0Pahang.. RM 7
7) vcd FINAL PIALA MALAYSIA 2002 Selangor 1-0 Sabah --amri power = RM6
8) vcd Final Liga Perdana 2005, Selangor 4 NegeriSembilan 2 --- 3 keping CD = RM7
9) vcd Final FA 2005, Selangor 4 Perak 2 --- 2 CD =RM7
10) vcd Final Piala Malaysia 2005, Selangor 3-0 Perlis--- 3 CD = RM7
11) vcd Gol2 Selangor tahun 2007. - RM5
12) vcd Selangor 1-1(1-3) Kedah (semifinal FA 2007) -rm5

You can get it by mail me or give the comment

Monday, November 12, 2007

Selangor FA 2006 Malaysia Super League football kits



Musim terakhir untuk dua bintang utama Indonesia, Bambang Pamungkas dan Ellie Aboy. Selepas kedudukan Selangor FA yang agak buruk pada musim 2006 juga membuat pengurusan skuad Selangor FA melakukan perubahan drastik. Khalid Jamlus, K.Sambagamaran, Jamsari Saiban, Nurul Izwan Makmoor dan Ahmad Tarmini Saiban antara nama besar yang membawa Selangor FA memenangi tiga kejuaraan pada musim 2005 lalu menjadikan musim 2006 sebagai musim terakhir mereka dengan Selangor FA.

Saturday, November 10, 2007

Selangor FA shirt/kits 2007/08 Malaysia Super League


Pasukan Selangor FA dengan kits baru mereka, masih lagi dengan adidas dan Syabas penaja utama untuk musim kedua berturut-turut.
Sumber info didapati dari selangor.com, laman komuniti penyokong Selangor FA

Thursday, November 8, 2007

Selangor FA kits 2006/07 Malaysia Super League


Selangor FA ataupun Red Giants, seperti semua peminat bola sepak tahu, pasukan penuh tradisi dari Selangor. Bertapak di Shah Alam kini, dengan stadium Shah Alam sebagai gelanggang utama buat penyokong setia merah- kuningnya. Stadium yang dibina pada tahun 1991, dan dibuka pada tahun 1995 ini mampu menampung pengunjung sehingga 80,000 orang menjadikan stadium serbaguna Shah Alam antara terhebat selepas stadium Nasional Bukit Jalil (maksud sebaguna dekat sini, stadium ini boleh digunakan acara olahraga dan berbagai aktiviti lain, soori le info pada yang terkeliru pula).
Selangor FA pasukan yang penuh dengan tradisi kejuaraannya sudah 30 kali juara Piala Malaysia bermula1922, 1927, 1935, 1936, 1938, 1939, 1956, 1959, 1961, 1962, 1963, 1966, 1968, 1969, 1971, 1972, 1973, 1975, 1976, 1978, 1979, 1981, 1982, 1984, 1986, 1995, 1996, 1997, 2002 sehingga 2005 dan memasuki akhir pula 1921, 1924, 1925, 1930, 1932, 1933, 1937, 1939, 1948, 1957, 1965, 1980, 1983, 1991 selain
4 Piala FA iaitu 1991, 1997, 2001, 2005 dan 6 piala Sumbangsih dari 1985, 1987, 1990, 1996, 1997, 2002. Untuk keterangan terperinci cuba lawat laman kelab penyokong Selangor FA.

Untuk musim 2006-07, Selangor FA dengan kit adidas yang digunakan sejak musim 2006 lalu. Merah kuning masih lagi warna tradisi yang dipakai oleh Selangor FA untuk kit home dan away.
Cuma kit ketiga Selangor FA sahaja dengan rekaan baru dan nampak berbeza dengan guna warna kelabu, kerana kebiasaan warna biru tua akan menjadi warna pilihan untuk kit Selangor FA. Syarikat pembekal air utama di kawasan lembah Klang dan Selangor amnya, Syabas antara penaja utama pasukan Selangor FA. Musim 2006-07 prestasi Selangor FA tidaklah begitu baik, mungkin kerana skuad merah-kuning membuat rombakan besar-besaran dengan menampilkan skuad yang rata-ratanya pemain muda dan kurang berpengalaman dalam liga Super yang kompetitif, dan satu-satunya pasukan liga Super yang tidak mendapatkan khidmat pemain asing. Akmal Rizal Ahmad Rakhli bekas penyerang utama kebangsaan antara pemain baru yang ditagih oleh Selangor FA walaupun banyak dilanda belenggu kecederaan dimusim pertama bersama Selangor FA, termasuk pemain baru lain seperti Mohd Safee Sali, Mohd. Faddzli Shaari dan dibantu pemain lama yang masih dikekalkan antaranya Mohd Amry Yahya, D.Surendran, P.Gunalan dan Shukor Adan