Thursday, November 8, 2007

Selangor FA kits 2006/07 Malaysia Super League


Selangor FA ataupun Red Giants, seperti semua peminat bola sepak tahu, pasukan penuh tradisi dari Selangor. Bertapak di Shah Alam kini, dengan stadium Shah Alam sebagai gelanggang utama buat penyokong setia merah- kuningnya. Stadium yang dibina pada tahun 1991, dan dibuka pada tahun 1995 ini mampu menampung pengunjung sehingga 80,000 orang menjadikan stadium serbaguna Shah Alam antara terhebat selepas stadium Nasional Bukit Jalil (maksud sebaguna dekat sini, stadium ini boleh digunakan acara olahraga dan berbagai aktiviti lain, soori le info pada yang terkeliru pula).
Selangor FA pasukan yang penuh dengan tradisi kejuaraannya sudah 30 kali juara Piala Malaysia bermula1922, 1927, 1935, 1936, 1938, 1939, 1956, 1959, 1961, 1962, 1963, 1966, 1968, 1969, 1971, 1972, 1973, 1975, 1976, 1978, 1979, 1981, 1982, 1984, 1986, 1995, 1996, 1997, 2002 sehingga 2005 dan memasuki akhir pula 1921, 1924, 1925, 1930, 1932, 1933, 1937, 1939, 1948, 1957, 1965, 1980, 1983, 1991 selain
4 Piala FA iaitu 1991, 1997, 2001, 2005 dan 6 piala Sumbangsih dari 1985, 1987, 1990, 1996, 1997, 2002. Untuk keterangan terperinci cuba lawat laman kelab penyokong Selangor FA.

Untuk musim 2006-07, Selangor FA dengan kit adidas yang digunakan sejak musim 2006 lalu. Merah kuning masih lagi warna tradisi yang dipakai oleh Selangor FA untuk kit home dan away.
Cuma kit ketiga Selangor FA sahaja dengan rekaan baru dan nampak berbeza dengan guna warna kelabu, kerana kebiasaan warna biru tua akan menjadi warna pilihan untuk kit Selangor FA. Syarikat pembekal air utama di kawasan lembah Klang dan Selangor amnya, Syabas antara penaja utama pasukan Selangor FA. Musim 2006-07 prestasi Selangor FA tidaklah begitu baik, mungkin kerana skuad merah-kuning membuat rombakan besar-besaran dengan menampilkan skuad yang rata-ratanya pemain muda dan kurang berpengalaman dalam liga Super yang kompetitif, dan satu-satunya pasukan liga Super yang tidak mendapatkan khidmat pemain asing. Akmal Rizal Ahmad Rakhli bekas penyerang utama kebangsaan antara pemain baru yang ditagih oleh Selangor FA walaupun banyak dilanda belenggu kecederaan dimusim pertama bersama Selangor FA, termasuk pemain baru lain seperti Mohd Safee Sali, Mohd. Faddzli Shaari dan dibantu pemain lama yang masih dikekalkan antaranya Mohd Amry Yahya, D.Surendran, P.Gunalan dan Shukor Adan

1 comment:

Unknown said...

Mana nk dpt koleksi baju nie