Wednesday, November 7, 2007

Kedah FA 2006/07 TM Super League


Persatuan Bola Sepak Kedah ataupun Kedah FA (Football Association of Kedah) salah satu pasukan wakil dari utara negeri Kedah. Pasukan yang berpusat di Alor Setar ini menjadikan stadium utama bandar ini stadium Darul Aman yang boleh menampung sehingga 40,000 penonton sebagai kubu kuat untuk penyokong utama "hijau kuning" (Green-Yellow). Stadium Darul Aman juga adalah antara stadium yang sentiasa ramai dengan penyokong setianya selain stadium Perak, stadium Utama Kangar dan stadium Shah Alam (di waktu kegemilangannya)

Pasukan yang ditubuhkan sejak tahun 1935 ini juga amat dikenali dengan "skuad kenari" (canaries). Kedah FA amat dikenali juga kerana produk bakat-bakat muda pemain tempatan mereka yang mewakili skuad remaja kebangsaan.


Kit Kedah FA dengan jenama Line 7 daripada Perancis (dijahit sepenuhnya di Malaysia) mula dipakai sejak musim 2006 lagi. Boleh juga dikatakan kit pembawa tuah skuad ini, denganya Kedah FA merangkul 3 kejuaraan sekaligus Juara Piala Super, Piala Malaysia dan Piala FA untuk musim 2006-2007 (kerjohanan yang dimulakan sejak penghujung akhir 2006). Pada musim yang lalu Piala Liga Perdana milik Kedah FA selain juara kumpulan A setelah dua musim 2005-06 berada di Liga Perdana Malaysia. Jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah kemudi utama skuad Kedah FA dengan pemain utama seperti penyerang utama Marlon Alex James, Cornelius Bernard Huggins, Victor Andrag, Khyril Muhymeen, Ahmad Fauzi Shaari dan V.Thirumuruggan

Perbadanan kemajuan negeri Kedah menjadi penaja utama skuad Kedah FA pada musim 2006-07 menggantikan Modenas.



Untuk musim 2006, skuad Kedah FA beraksi dalam Liga Perdana dan menjuarainya. Pada awal musim skuad Kedah FA menggunakan jenama Lotto yang juga kit utama musim sebelumnya kemudian digantikan dengan kit Line 7 di pertengahan musim. Pada musim 2006 Modenas jenama industri motorsikal pertama Malaysia adalah penaja utama.
Jika ada yang ingin ditambah atau dikongsikan bersama oleh peminat hijau-kuning, terutama sekali pasukan skuad musim 2006 Kedah ini komen lah kat sini. Skuad Kedah FA musim yang terdahulu juga dialukan.
Ini lah dulu post pasukan pertama kawan setia-setialah melawat.

No comments: