
Bekas bintang bolasepak negara Mohamad Bakar, mengemudi jawatan jurulatih skuad Malaysia untuk semusim(1979-1980). Beliau berjaya membawa skuad bolasepak Malaysia menjuarai piala bersama pasukan Korea Selatan B dalam kejohanan Pestabola Merdeka 1979. Pasukan negara juga menghantar dua pasukan didalam kejohanan itu (Malaysia dan Malaysia B), antara pasukan luar yang bertanding adalah Japan, Burma, Indonesia, Singapore dan Thailand. Skuad Malaysia berada ditempat kedua di belakang Korea Selatan B yang menjuarai kumpulan dengan 4 kali menang, 2 kali seri 1-1 Japan, 1-1 Indonesia dan kalah 1-4 Korea Selatan B didalam 7 perlawanan dilalui.
Namun bergitu kedudukan pasukan Malaysia B agak tidak bergitu baik setelah berada di tempat ke 7 dari 8 pasukan yang bertanding. Malaysia B hanya mampu mengumpul 3 seri dan 4 kerkalahan dengan tanpa kemenangan. Jersi yang dipakai oleh skuad negara dari jenama Umbro, berbanding dengan jenama adidas sebelum ini.
Dengan jurulatih dari England, Trevor Hartley mengemudi skuad Malaysia selama semusim 1988-89 dengan membawa misi tiga kejohanan besar. Kelayakan Piala Dunia 1990, Kelayakan Piala Asia 1988 dan SEA Games di Kuala Lumpur 1989. Trevor Hartley hanya mampu membawa Malaysia menjuarai pingat emas SEA Games.3
1-8-89 K.Lumpur Sea Games Singapore 3-1
28-8-89 K.Lumpur Sea Games Thailand 1-0
25-8-89 K.Lumpur Sea Games Indonesia 2-0
23-8-89 K.Lumpur Sea Games Brunei 2-1
21-8-89 K.Lumpur Sea Games Philippines 3-0
Pada kelayakan Piala Dunia 1990 peringkat Asia, berada di Kumpulan D bersama Korea Selatan, Singapore dan Nepal. Berada ditempat kedua kumpulan dibelakang Korea Selatan dengan 3 menang, 1 seri dan kalah 2 dalam 6 perlawanan. Semua perlawanan bermain di Seoul, Korea Selatan dan bandar Singapore.
Kelayakan Piala Asia pula kerjohanan kumpulan 2, berlansung di Kuala Lumpur bersama pasukan Kuwait, Japan, Jordan dan Pakistan. Skuad negara berada di tempat ke 4 kumpulan dari 5 pasukan yang bertanding, dengan 1 kemenangan, 1 seri dan 2 kalah dari 4 perlawanan. Apa yang menarik pada musim 1988-89 skuad negara mempunyai pelbagai jersi khas untuk setiap kejohanan, gambar diatas adalah himpunan jersi skuad Malaysia untuk kejohanan awal SEA Games dan perlawanan persahabatan.

























