Jersi kedua untuk pasukan Malaysia pada kejohanan Piala Merdeka 1984. Jenama adidas dengan putih sebagai warna asas pada baju ini dan dilengkapi jalur biru untuk melengkapkan lagi perincian baju ini. Sering dipakai oleh pemain sebagai jersi kedua antaranya ketika menang 5-1
menentang Papua New Guinea pada 4.9.84 melalui jaringan K.Gunasekaran 3', Azizul Abu Haniffa 34', Zainal Abidin Hassan 78', Hassan Sani 89', Zulkilfi Hamzah 90 dan perlawanan terakhir negara menentang Korea Selatan bawah-21.
Kombinasi jersi ini juga telah dipakai ketika kejohanan Piala Presiden Park, Korea Selatan pada tahun 1985.
Jersi ketiga Malaysia masih dengan rekaan yang sama seperti jersi kedua, cuma warna biru sebagai asas diikuti putih warna perincian pada jalur. Sering dilihat dipakai oleh pemain sebagai jersi latihan sehingga ke tahun 1987. Setakat ini saya masih lagi mencari sebarang rujukan samada kombinasi jersi ketiga negara ini pernah digunakan di sebarang kejohanan.
Rujukan: Terimakeh buat rakan-rakan seperti Azmi Mahmud, Hang PC, Faiz yang banyak membantu berkongsi sumber rujukan dan maklumat.
1 comment:
Bro, apa font belakang jersey ni eh?
Boleh emailkan tak?
superazrul@gmail.com
Post a Comment