Tuesday, September 13, 2011

Malaysia Merdeka Cup 84 kits

Piala Merdeka merupakan kejohanan tahunan utama bolasepak negara buat kali ke 28. Kejohanan yang hampir keseluruhan perlawanan berlansung di Stadium Merdeka dari 21 Ogos hingga 9 September 1984, namun bergitu terdapat juga perlawanan yang diaturkan dibeberapa staduim lain.

Piala Merdeka 84 disertai oleh 12 pasukan ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Malaysia menghantar dua pasukan iaitu skuad senior dan Malaysian Tigers,
Kumpulan A disertai oleh pasukan tuan rumah Malaysia, Minas Gerais XI (Brazil), Papua New Guinea, Liberia, Indonesia dan Thailand.

Antara pemain utama skuad
negara di kejohanan ini seperti R.Arumugam, Soh Chin Aun, K.Gunasegaran, Lim Teong Kim, Wong Hung Nung,Ahmad Yusof, Azizul Abu Haniffa, Zulkifli Hamzah, Serbegeth Singh, Zainal Abidin Hassan, Nasir Yusof, Hassan Sani dan Rashid Hassan. Minas Geris XI pula wakil Brazil yang terdiri daripada permain negeri Minas Gerais manakala Thailand pula menghantar pasukan kedua mereka berikutan pasukan utama Thailand baru saja pulang dari perlawanan kelayakan Piala Asia di Indonesia.
Antara kejohanan yang agak baik untuk skuad utama negara, walaupun tewas kepada pasukan Korea Selatan U-21 diperlawanan separuh akhir tetapi pasukan ini dapat bangga berada di tempat kedua pasukan A dibawah Minas Gerais XI juara peringkat kumpulan yang turut tewas di perlawanan akhir dengan pasukan Korea Selatan U-21.


Kumpulan B disertai oleh Malaysian Tigers, Korea Selatan U-21, China B, Algeria U-20, Pakistan dan wakil dari Argentina Primera B XI yang terdiri dari pemain pilihan liga kedua Argentina.
Malaysia Tigers yang terdiri daripada pasukan pembangunan remaja dilatih oleh bekas bintang antarabangsa dari England, Kevin Keegan. Meskipun dengan kehadiran Keegan yang turut bermain untuk skuad Malaysian Tigers masih lagi tidak cukup untuk melayakkan pasukan ini untuk layak keperingkat seterusnya dengan pencapaian 2 menang, 2 seri dan 1 kalah dalam lima perlawanan.



No comments: