Saturday, July 28, 2012

Kelab Pos Maysia FC 2012

Setelah di hentikan seketika progress blog ni, pastinya ni adalah waktu yang sesuai untuk refresh kembali dengan koleksi yang lebih menarik lagi. Saya kembali semula dengan koleksi kit liga Malaysia musim 2012, satu memori koleksi kit setelash berakhirnya Liiga Super dan Perdana

Kelab yang hampir tersungkur ke Liga FAM untuk musim hadapan, Pos Malaysia FC  dari Liga Perdana adalah sebuah yang ditaja dan di bawah pengurusan Syarikat Pos Malaysia Berhad, syarikat yang mengendalikan perkhidmatan pos Malaysia. Kelab yang kini dibawah kendalian G.Torairaju yang juga bekas permain kebangsaan negara, pada musim ini menampilkan kesemua permainnya terdiri dari bakat-bakat pemain tempatan sahaja. Kelab yang menjadikan Stadium MPS ( Majlis Perbandaran Selayang) sebagai venue utama ini menjuarai Piala FAM pada penghujung Ogos 2009 dan dinaik taraf ke Liga Perdana 2010.  




Musim ini kelengkapan sukan kelab Pos Malaysia menggunakan jenama tempatan Eider. Warna korporat syarikat merah menjadi elemen utama jersi utama Pos Malaysia FC. Ada dua jersi utama di pakai pada musim , jersi diawal dan penghujung Liga, namun jersi kedua/tempat lawan masih lagi satu jersi sahaja.