Saya mulakan posted koleksi illustrasi pasukan Liga Malaysia disini dengan Harimau Muda B. Pasti janggal bila pasukan Liga Premier menjadi pilihan bukan pasukan dari Liga Super.
Terdiri daripada pemain-pemain bawah 20 tahun negara, Pasukan Harimau Muda B adalah pasukan kedua selain Harimau Muda A ini berada dibawah kendalian Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Persatuan Bola Sepak Malaysia. Dengan menyertai Liga Malaysia, FAM berharap pasukan muda ini dapat diberikan pendedahan bertaraf tinggi sekaligus mampu membantu pemain bersedia untuk pertandingan antarabangsa. Harimau Muda B ditubuhkan bersama Harimau A pada musim 2010 oleh FAM untuk bertanding di Liga Premier manakala Harimau Muda 'A' akan bermain di Liga Super Malaysia. Pasukan Harimau Muda B ini
dilatih oleh jurulatih berpengalaman Ismail Ibrahim untuk musim 2012.
Jersi Harimau Muda B dan A pada musim ini masih dengan Nike, rekaan jersi untuk musim 2012 hampir serupa dengan rekaan jersi away pasukan utama negara. Cuma model baru ini ada beberapa penambahan seperti piping dan warna yang lebih menarik.
Jersi kedua Harimau Muda dilihat mengenakan seluar putih yang rekaannya sama seperti seluar hitam pada perlawanan menentang USM FC. Seluar pilihan untuk jersi kedua pasukan.
Jersi kedua Harimau Muda, tiada yang istimewa boleh saya tulis. Rekaan/model sama sekali dengan jersi pertama, hanya warna sahaja..biru muda untuk away dan kuning untuk home. Bergitu juga stokin, model yang sama putih sepenuhnya dengan hitam pada logo Nike dan sebaliknya untuk Home. Cuma seluar sahaja
agak keliru (seperti biasa main tangkap muat dari kitman atau .....). ada dua model seluar digunakan, kedua-duanya warna putih, salah satu rekaan seluar ada
sedikit tambahan motif disetiap tepi.
NOTE: Ilustrasi seperti diatas.
Kredit dan terimakaseh buat rakan-rakan FB yang sudi kongsi sources. Salute buat Quril Shahbudin yang berkongsi gambar jersi Harimau Muda koleksinya sendiri buat rujukan saya.
1 comment:
Hi there,
My name is Lizzy; I work for the PR agency that is handling the Warrior Sports (new apparel sponsor of Liverpool FC) account here in Asia.
I thought I’d get in touch as I’m currently compiling a media database for bloggers. Being a football fan yourself, I thought you would be interested in getting a copy of the press release for the launch of the new kit - would you be interested? If so, please share your email and I will gladly add you to the database.
I can be reached at ewu@racepointgroup.com. Hoping to hear from you soon.
Thanks and have a great day!
Best,
Lizzy
Post a Comment