Saturday, September 17, 2011

Malaysia 80's kits

Kejohanan Piala Presiden 1981 merupakan kejohanan ke 11 dalam sejarah pertandingan tersebut. Kejohanan ini telah berlangsung dari 13 Jun 1981 hingga 26 Jun 1981. Perlawanan di antara Republik Korea dan Racing Cordoba berakhir dengan keputusan seri 2-2 dan akhirnya mereka berkongsi piala kemenangan.

Dalam kejohanan ini, pasukan Malaysia berada di dalam Kumpulan A bersama Racing Córdoba (Argentina), South Korea, FC Saarbrücken (Jerman), Jepun, dan LB Châteauroux (Perancis). Keseluruhannya, Malaysia hanya mampu memenangi satu daripada lima perlawanan iaitu ketika mengalahkan LB Châteauroux.
Manakala dalam Kumpulan B pula disertai oleh Danubio FC (Uruguay), Vitória FC (Brazil), Malta, Thailand, Liechtenstein dan Indonesia.

Pada era 80'an jersi pasukan negara menggunakan tiga label berlainan keluaran Adidas trefoil, iaitu adidas/erima, adidas germany dan adidas gs gill, bergitu juga dengan posisi logo di baju serta seluar. Model adidas trefoil berkolar ini antara jersi popular skuad negara dan dipakai oleh pemain dalam perlawanan sehingga penghujung 80 an.
Terdapat dua kumpulan dalam kejohanan Piala Merdeka 1982 dari 5 Ogos sehingga 22 Ogos 1982, iaitu Kumpulan 1 yang disertai oleh Korea Selatan, Senegal, Malaysia, Indonesia dan Emiriyah Arab Bersatu serta Kumpulan 2 yang disertai oleh Santa Catarina, Ghana, Singapura, India dan Thailand. Dalam aksi final kejohanan tersebut, Santa Cantarina telah menewaskan Ghana 3-0, sekaligus mencatat nama sebagai juara kejohanan. Pada tahun 1982 hingga 1983, skuad negara telah dipimpin oleh M.Chandran.

Malaysia 1985 Merdeka Cup home kits

Eight team will contest this competition, being the tournament host. Malaysia were in Group A with Ghana Youth, Indonesia Youth, Swansea City and America R-J, South Korea Youth, Thailand and
Malaysian Tigers in Group B. Malaysian Tigers was a developmental team of young players, with the veteran striker Mokhtar Dahari as a guest player.

Malaysia gain the top of the table in Group A with two wins and a draw in three matches to book a place in the semi-finals, but an unfortunate 3-0 defeat to long rivals South Korea Youth. South Korea's youth team was also described as their ' Olympic' team, or as the "South Korea 88" team;
it was a developmental team of young players in preparation for the 1988 Olympics in Seoul. South Korea Youth are the tournament winners after been thrilling in a tight win on penalty shoot-out, after extra time 4-4 against America R-J. Malaysia senior team is coach by Mohd Bakar Daud with few new breed on that squad as Mat Zan Mat Aris, Fadzil Ismail and Tang Siew Seng.
The tournament match kit for national team, it was a simple in style from adidas classic typical V-neck design and a yellow/black as a dominate base colour. The adidas three stripes trimmed with black along a large horizontal band across the shirt. The graphic base on kits was worn by the number 11, Khan Hung Meng. The game played on July 24th 1995 at the Merdeka Stadium, against Swansea City from Wales.

Friday, September 16, 2011

Malaysia 1984 Merdeka Cup kits Prt-2

Jersi kedua untuk pasukan Malaysia pada kejohanan Piala Merdeka 1984. Jenama adidas dengan putih sebagai warna asas pada baju ini dan dilengkapi jalur biru untuk melengkapkan lagi perincian baju ini. Sering dipakai oleh pemain sebagai jersi kedua antaranya ketika menang 5-1
menentang Papua New Guinea pada 4.9.84 melalui jaringan K.Gunasekaran 3', Azizul Abu Haniffa 34', Zainal Abidin Hassan 78', Hassan Sani 89', Zulkilfi Hamzah 90 dan perlawanan terakhir negara menentang Korea Selatan bawah-21.
Kombinasi jersi ini juga telah dipakai ketika kejohanan Piala Presiden Park, Korea Selatan pada tahun 1985.


Jersi ketiga Malaysia masih dengan rekaan yang sama seperti jersi kedua, cuma warna biru sebagai asas diikuti putih warna perincian pada jalur. Sering dilihat dipakai oleh pemain sebagai jersi latihan sehingga ke tahun 1987. Setakat ini saya masih lagi mencari sebarang rujukan samada kombinasi jersi ketiga negara ini pernah digunakan di sebarang kejohanan.
















Rujukan: Terimakeh buat rakan-rakan seperti Azmi Mahmud, Hang PC, Faiz yang banyak membantu berkongsi sumber rujukan dan maklumat.

Tuesday, September 13, 2011

Malaysia Merdeka Cup 84 kits

Piala Merdeka merupakan kejohanan tahunan utama bolasepak negara buat kali ke 28. Kejohanan yang hampir keseluruhan perlawanan berlansung di Stadium Merdeka dari 21 Ogos hingga 9 September 1984, namun bergitu terdapat juga perlawanan yang diaturkan dibeberapa staduim lain.

Piala Merdeka 84 disertai oleh 12 pasukan ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Malaysia menghantar dua pasukan iaitu skuad senior dan Malaysian Tigers,
Kumpulan A disertai oleh pasukan tuan rumah Malaysia, Minas Gerais XI (Brazil), Papua New Guinea, Liberia, Indonesia dan Thailand.

Antara pemain utama skuad
negara di kejohanan ini seperti R.Arumugam, Soh Chin Aun, K.Gunasegaran, Lim Teong Kim, Wong Hung Nung,Ahmad Yusof, Azizul Abu Haniffa, Zulkifli Hamzah, Serbegeth Singh, Zainal Abidin Hassan, Nasir Yusof, Hassan Sani dan Rashid Hassan. Minas Geris XI pula wakil Brazil yang terdiri daripada permain negeri Minas Gerais manakala Thailand pula menghantar pasukan kedua mereka berikutan pasukan utama Thailand baru saja pulang dari perlawanan kelayakan Piala Asia di Indonesia.
Antara kejohanan yang agak baik untuk skuad utama negara, walaupun tewas kepada pasukan Korea Selatan U-21 diperlawanan separuh akhir tetapi pasukan ini dapat bangga berada di tempat kedua pasukan A dibawah Minas Gerais XI juara peringkat kumpulan yang turut tewas di perlawanan akhir dengan pasukan Korea Selatan U-21.


Kumpulan B disertai oleh Malaysian Tigers, Korea Selatan U-21, China B, Algeria U-20, Pakistan dan wakil dari Argentina Primera B XI yang terdiri dari pemain pilihan liga kedua Argentina.
Malaysia Tigers yang terdiri daripada pasukan pembangunan remaja dilatih oleh bekas bintang antarabangsa dari England, Kevin Keegan. Meskipun dengan kehadiran Keegan yang turut bermain untuk skuad Malaysian Tigers masih lagi tidak cukup untuk melayakkan pasukan ini untuk layak keperingkat seterusnya dengan pencapaian 2 menang, 2 seri dan 1 kalah dalam lima perlawanan.



Friday, March 4, 2011

Sarawak FA 2010

Sudah agak lama juga saya tidak updated sebarang posted disini. Rasanya saya sudah kembali semula. Kali ini cuba dengan dengan koleksi Liga M musim 2011.

Musim 2010 tahun yang agak sukar bagi Sarawak dengan masaalah kewangan dalam kantong pasukan Sarawak Football Association (FAS) atau Sarawak FA. Kelengkapan sukan pasukan ditaja oleh LEA Sports Centre dan Adidas, untuk rekod LEA Sports sudah menjadi penaja sejak 1990 lagi. Bekas jurulatih dari Negri Sembilan Zaki Sheikh Ahmad menjadi pengendali pasukan bersama dengan enam pemain baru yang berpengalaman seperti Mohd Suffian Abdul Rahman (Dari KM Naza), Abdul Aziz Ismail (Dari ATM), Wong Sai Kong (Dari Sabah), Rafiz Abu Bakar (Dari Kedah),Azralan Azmi (Dari Selangor Proton) dan Efendi Abdul Malik (Dari Negeri Sembilan).

Jersi utama pasukan Sarawak mempunyai dua versi rekaan seluar, untuk versi kedua saya masih lagi mencari sumber imej/material yang boleh dijadikan rujuka ilustrasi saya disini. Kerjasama dari anda amat diperlukan.



Rekaan Jersi kedua Sarawak sama seperti jersi utama, cuma kali ini warna hitam keseluruhan dengan putih untuk detailed.
Untuk musim 2010, ini senarai pemain pasukan Sarawak.
PENJAGA GOL
1.Abdul Ghani Anuar-23thn
21.Habib Mohd Arshad-18thn
22.Mohd Suffian Abdul Rahman-32thn (Dari KM Naza)
(PP)Antonio Beckness- 18thn

PERTAHANAN
2.Abdul Aziz Ismail-29thn (Dari ATM)
3.Mazwandi Zekeria-21thn
5.Sahran Abdul Samad-27thn
9.Mohd Hairol Moktar-26thn
12.Mohd Fadly Kassim-33thn
15.Firdaus Morshidi-24thn
19.Wong Sai Kong-32thn (Dari Sabah)
(PP)Morris Jagan-18thn

PEMAIN TENGAH
6.Mohd Fareez Tukijo-22thn
8.Azizan Saperi-22thn
11.Abg Mohamad Za'afari Abang Othman-31thn
13.Mohammad Dzulazlan Ibrahim-22thn
16.Mohammad Shahrol Saperi-26thn
17.Rafiz Abu Bakar-30thn (Dari Kedah)
(PP)Ashri bin Chuchu-19 thn

PENYERANG
7.Zamri Morshidi-27thn
10.Sufizal Ismail-21thn
18.Azralan Azmi-29thn (Dari Selangor Proton)
20.Efendi Abdul Malik-32thn (Dari Negeri Sembilan)
(PP)Mohd Hadera Bakeri-19thn

PP-Singkatan untuk pemain diserap dari Pasukan Presiden.

Ilustrasi jersi no.3 seperti yang dipakai oleh pemain pertahanan Mazwandi Zekeria

Perhatikan logo tag 'ClimalLite' berada sibawah sedikit dari leher baju. Cetakan 'Sarawak' digunakan mengantikan nama pemain untuk baju pasukan Sarawak.

Credit untuk YobForever untuk gambar rujukan.