Kelab yang hampir tersungkur ke Liga FAM untuk musim hadapan, Pos Malaysia FC dari Liga Perdana adalah sebuah yang ditaja dan di bawah pengurusan Syarikat Pos Malaysia Berhad, syarikat yang mengendalikan perkhidmatan pos Malaysia. Kelab yang kini dibawah kendalian G.Torairaju yang juga bekas permain kebangsaan negara, pada musim ini menampilkan kesemua permainnya terdiri dari bakat-bakat pemain tempatan sahaja. Kelab yang menjadikan Stadium MPS ( Majlis Perbandaran Selayang) sebagai venue utama ini menjuarai Piala FAM pada penghujung Ogos 2009 dan dinaik taraf ke Liga Perdana 2010.
Musim ini kelengkapan sukan kelab Pos Malaysia menggunakan jenama tempatan Eider. Warna korporat syarikat merah menjadi elemen utama jersi utama Pos Malaysia FC. Ada dua jersi utama di pakai pada musim , jersi diawal dan penghujung Liga, namun jersi kedua/tempat lawan masih lagi satu jersi sahaja.