Saturday, May 16, 2009

Malaysia Pre-Olympic 1980 kits


Penghujung 1978, jersi Adidas skuad negara bertukar rekaan dari model berleher-bulat ke berkolar. Namun bergitu model baru jersi ini masih lagi mengekalkan lagi ciri-ciri klasik dari rekaan yang ringkas dari pada model sebelumnya. Jersi ini juga masih lagi mengenakan label Adidas/Erima buatan Jerman Barat ( ketika itu Jerman Barat dan Jerman Timur masih lagi terpisah).
Detik bersejarah skuad negara, diingati dengan kelincahan Hassan Sani si 'Lipas Kudung' menggelecek beberapa orang pemain dan James Wong penjaring gol kemenangan 2-1 keatas Korea Selatan, Playoff, Kumpulan 2, ASIA. Ilustrasi jersi no. 10 dipakai oleh Hassan Sani.
Selepas 1972, Malaysia kembali untuk kali kedua, layak ke sukan Olimpik Moscow 1980, di Russia. Namun bergitu tempat skuad negara digantikan dengan Iraq, Setelah kerajaan Malaysia memboikot SUKAN OLIMPIK 1980 kerana membantah pencerobohan SOVIET UNION ke atas AFGHANISTAN. Skuad Karl-Heinz Weigang dengan pemain utama Soh Chin Aun, Santokh Singh, Khalid Ali, Hassan Sani, James Wong, D Davendran, R. Arumugam, Ramli Junit, James Wong, Datuk Jamal Nasir. Pada tahun yang sama Piala Merdeka 1980 [Okt 15 - Nov 2, 1980], Malaysia tewas diperlawanan akhir 1-2 pada Morocco.